Selangor, 21 Julai – Parti bersama
dalam Pakatan Rakyat (PKR), PAS akhirnya bersetuju jawatan Menteri Besar
Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar setelah
selesai melakukan beberapa siri perbincangan di kalangan ahli parti itu.
Sumber menegaskan walaupun
PAS menyokong keputusan penukaran
jawatan Menteri Besar Selangor tetapi menegaskan sehingga kini ketiga-tiga
parti dalam PKR belum memutuskan calon yang sesual mengantikan Abdul Khalid.
Menurut sumber, PAS juga
bersetuju tidak melantik pemimpin dari partinya sebagai calon Menteri Besar
walaupun dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, PAS dan DAP memperolehi 15
kerusi dewan undangan negeri di Selangor berbanding KEADILAN RAKYAT yang hanya
memperolehi 14 kerusi sahaja.
.
"Kita pada dasarnya
bersetuju dua perkara iaitu menukar Khalid dan penggantinya bukan PAS tetapi
kita masih belum sepakat siapa pengganti itu," kata pemimpin kanan PAS
berkenaan kepada The Malaysian Insider.
Dalam perkembangan yang sama, PKR
dilaporkan akan mengumumkan penukaran jawatan Menteri Besar Selangor dalam masa
terdekat dan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah bercadang untuk
melantik isterinya yang merupakan AHli Dewan Undangan Negeri Dun Kajang, Wan
Azizah Wan Ismail, sebagai penganti Abdul Khalid.
Bagaimanapun, sumber dalam
daripada PAS menegaskan beberapa pemimpin tidak akan bersetuju sekiranya Wan
Azizah dilantik menjadi Menteri Besar kerana atas alasan agama yang tidak
menggalakkan wanita sebagai pemimpin utama dalam pentadbiran.
Sebelum ini, PKR dilaporkan
mengalami masalah dalam menyelesaikan kemelut pentadbiran negeri Selangor
selepas cadangan penukaran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar mendapat
tentangan daripada Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang yang tidak
bersetuju dengan keputusan itu. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor