Pegawai trafik berkenaan dicerca pemandu tersebut kerana enggan menerima rasuah.
Antara perkataan yang disebut pemandu tersebut terhadap pegawai itu ialah "cibai" dan "barua".
Menjelang Aidilfitri ini, KedahNews.com menjangkakan pihak Polis Trafik mungkin akan menjalankan operasi penguatkuasaan di jalan-jalan raya utama seperti kebiasaan musim-musim perayaan yang lain.
Persoalannya, apakah akan ada lagi insiden seperti yang kita saksikan di dalam klip Youtube di bawah?
Atau akan berlaku lagi insiden "Peugeot Putih CDM 25" yang menyaksikan Kiki teruk "diganyang" di seluruh negara?
Mungkin ramai yang suka memberi komen, tapi berapa ramai pula yang sedia mengamalkan nilai murni dan tidak melakukan perkara-perkara negatif seperti itu?
Dan siapa pula yang berani mengambil iktibar dan pengajaran atas apa yang berlaku di atas jalanraya?
KedahNews.com serahkan pada budi bicara masing-masing.
Apa yang penting, memandulah mengikut peraturan yang ditetapkan undang-undang, pastikan kenderaan kita semua dalam keadaan baik dan berhati-hatilah ketika memandu. -KedahNews.com