Tindakan sebuah universiti di Kashgar yang terletak di wilayah Xinjiang mencetus kemarahan umat Islam apabila mengugut untuk membuang pelajar universiti berkenaan sekiranya mereka berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Pihak universiti berkenaan dikatakan telah memaksa para pelajarnya untuk makan di depan pensyarah masing-masing sebelum dimulakan kelas setiap hari bagi memastikan mereka mematuhi arahan supaya tidak berpuasa yang dikeluarkan itu.
Menurut sumber, mana-mana pelajar yang engkar atau enggan mematuhi arahan tersebut terpaksa berdepan dengan tindakan disiplin pihak pengurusan universiti tersebut termasuk diusir, dinafikan hak untuk menerima ijazah atau diploma, atau dibuang.
Menurut
seorang pelajar universiti berkenaan, kakitangan pentadbiran universiti itu juga turut membekalkan air
botol serta makanan kepada pelajar Islam pada siang hari, dan akan mencatat nama pelajar yang enggan menerima pemberian percuma tersebut.
Pihak berkuasa China sebelum ini menggemparkan dunia Islam apabila
melaksanakan polisi melarang penjawat awam kerajaan, guru dan pelajar
berpuasa khususnya di wilayah Xinjiang.
Mereka juga dilaporkan telah bertindak mengarahkan semua restoran ditutup pada waktu malam dan mengancam mengenakan denda bagi mereka yang tidak mematuhi arahan itu.
Kerajaan China mendakwa, kempen melarang puasa ini adalah sebagai usaha menangani apa yang dianggap "perbuatan pengganas" oleh minoriti Muslim Uygur ekoran berlakunya satu pertempuran di sebuah pasar di Urumqi, serta di sebuah stesen kereta api di Kunming dan di Dataran Tiananmen.
Begitulah yang berlaku di negara Tanah Besar China.
Kerajaan China mendakwa, kempen melarang puasa ini adalah sebagai usaha menangani apa yang dianggap "perbuatan pengganas" oleh minoriti Muslim Uygur ekoran berlakunya satu pertempuran di sebuah pasar di Urumqi, serta di sebuah stesen kereta api di Kunming dan di Dataran Tiananmen.
Begitulah yang berlaku di negara Tanah Besar China.
Sekiranya dibandingkan dengan polisi kerajaan dan kelebihan yang diberikan kepada masyarakat Cina di Malaysia ia boleh disifatkan bagai "langit dengan bumi" di mana mereka diberikan hak yang cukup selesa.
Bukan saja diberi kebebasan berkongsi kek ekonomi yang telah mereka kuasai, malah hak kebebasan agama serta mengamalkan budaya masing-masing juga diberikan, asalkan mereka tidak mempersoal atau mengganggu gugat keistimewaan serta hak yang telah ditetapkan kepada Islam, Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang tertera di dalam perlembagaan.
Namun sejak kebelakangan ini ramai generasi muda dan lapisan baru masyarakat Tiong Hua yang gagal memahami konsep perlembagaan Malaysia dengan baik itu tampil membuat provokasi melampau dan mencabar sensitiviti umat Islam dan bangsa Melayu khususnya menerusi laman-laman sosial.
Justeru itu, belajarlah berterima kasih dengan nikmat yang ada, fahamilah konsep perlembagaan negara dan hargailah keharmonian kaum yang selama ini subur di Malaysia. -KedahNews.com