Pemimpin Pakatan Selangor Pentingkan Diri Berbanding Rakyat - Exco PAS

Adun PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi mempertikai pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang disifatkan lebih cenderung merebut peluang untuk menjadi Menteri Besar berbanding berkhdidmat untuk rakyat.

Ahmad Yunus yang dipetik dari akaun laman sosial Facebook miliknya menempelak sikap buruk pemimpin politik Pakatan Rakyat yang mengutamakan agenda kepentingan diri sendiri.

"Adakah kini tradisi membela rakyat kini menjadi agenda terkebawah di dalam keutamaan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor dan agenda perubahan tampuk tertinggi selaku Penguasa Utama Negeri Selangor menjadi impian dan harapan mutlak untuk penggal kedua pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor kali ini," katanya kesal.

Menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, sikap tersebut telah membuat ramai di kalangan rakyat di Selangor rasa "loya" dan ia mampu menjejaskan imej Pakatan Rakyat yang dicanang sebagai "prihatin" terhadap kepentingan orang ramai.

"Ribut apakah yang melanda Pakatan Rakyat Selangor sehingga menyebabkan kapal yang sudah selesa belayar teroleng-oleng ke kiri dan ke kanan lalu menyebabkan rakyat menjadi tidak selesa dan muntah meloya.

"Tidakkah disedari oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor keributan permasalahan dalaman ini secara terbuka boleh mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat Selangor," katanya berkias, tapi keras dan pedas.

Yunus kemudiaannya bertanya sama ada para pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu sama ada mereka telah dijangkiti penyakit dengki dan iri hati.

"Adakah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor kini sedang dihinggapi virus dengki dan iri hati," kata Yunus menambah "cili".

Perkembangan terkini berkenaan krisis kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor menyaksikan
Kelab penyokong kerajaan DUN Selangor sedang sebok berbincang untuk mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Khalid Ibrahim melepaskan jawatan Menteri Besar. -KedahNews.com