Pengacara TV China Dibunuh Perompak Kerana Tiada Wang


China, 17 Julai - Kematian seorang pengacara wanita popular program televisyen yang dipercayai dirompak sebelum dibunuh ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya baru-baru ini telah mengejutkan penduduk di negara ini.

Pengacara, Chen Xia, 26 yang popular dengan rancangan ‘Home In The Countryside’, dikatakan hanya ingin dirompak oleh dua lelaki berkenaan tetapi dia telah ditikam oleh mereka kerana berang wanita itu tidak membawa wang seperti yang dijangka.

Chen yang ditikam kemudianya telah dicampakkan ke dalam sungai oleh dua perompak tersebut.

Laporan media di China menyatakan Chen yang masih hidup ketika dicampak ke dalam sungai sempat menjerit sebelum dua orang anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya menangkap perompak tersebut.

Dalam satu laporan pihak berkuasa China, pengacara itu masih hidup ketika berada di dalam sungai namun setelah polis berjaya mendapatkan Chen, dia telah disahkan meninggal dunia.

Menurut media di China, kematian Chen ditangisi oleh para peminatnya dinegara ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

.