Pengacara TV Jordan Bakar, Ludah Bendera Israel. Pengacara TV Kita Bila Lagi?

Serangan darat besar-besaran tentera rejim zionis Israel ke atas bumi Gaza di Palestin beberapa lalu ternyata mendapat kritikan dari pelbagai pihak dari seluruh dunia.

Pertempuran terbesar dalam tempoh dua minggu baru-baru ini juga menyaksikan 65 warga Palestin yang terdiri dari wanita, kanak-kanak dan bayi terbunuh pada hari penuh kesedihan itu.

Para penduduk di Hayyu Shuja'iyah terpaksa lari, meninggalkan kediaman masing-masing bagi mengelakkan serangan Zionis itu dan terpaksa berserah kepada Allah SWT semoga kediaman mereka tidak dirampas Israel seperti sebelumnya.

Seluruh dunia mengutuk Israel dan menghulur kasih tanda simpati melalui pelbagai bentuk bantuan serta sokongan moral kepada saudara seagama kita di bumi anbiya' itu.

Mungkin tidak dapat menahan lagi kemarahannya, seorang pengacara televsiyen Jordan telah bertindak membakar kertas dengan imej bendera Israel ketika program sedang bersiaran secara langsung.

"Inilah musuh yang patut kita tentang sepanjang waktu demi Palestin dan anak-anak mereka.

"Izinkan saya membakar bendera kotor Zionis ini agar satu dunia dapat melihatnya,” katanya.

Tidak hanya berhenti di situ saja, pengacara program hiburan itu turut bertindak meludah bendera itu di akhir siaran tersebut.


Kami tertanya-tanya, apakah ada di kalangan pengacara atau selebriti di Malaysia yang berani bertindak begitu seperti pengacara dari Jordan itu? - KedahNews.com