Keputusan Universiti Malaya dan
Kerajaan untuk tidak menyambung kontrak Prof Datuk Dr Mohamad Radzuan
Othman sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya
Universiti Malaya (UMCEDEL) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial
adalah merupakan hak preogratif dan pentadbiran.
Ia bukan hak pelajar, tenaga akademik mahu pun mana-mana pemimpin
parti politik atau mana-mana media massa.
Justeru walau apa pun yang
alasan atau sebab tindakan tersebut ia adalah hak majikan yang mencari
sumber kewangan bagi membayar gaji mereka dan menyediakan pelbagai
kemudahan bagi kakitangan akademik.
Jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial adalah jawatan yang
dilantik secara kotrak selama dua tahun. Kita akan dapati setiap 2-4
tahun Fakulti akan menerima penjawat yang baru.
Malah ada beberapa tenaga akademik yang sudah dilantik sebagai Dekan beberapa kali secara berselang seli dengan profesor lain. Justeru, apa masalah apabila Universiti Malaya mahu melantik Profesor lain sebagai Dekan Fakulti?
Sebagai Pengarah UMCedel, Prof Radzuan juga tidak boleh selama-lamanya kekal di situ. Sungguhpun beliau adalah pengasas, bukan bermakna UMcedel milik peribadi beliau.
Malah ada beberapa tenaga akademik yang sudah dilantik sebagai Dekan beberapa kali secara berselang seli dengan profesor lain. Justeru, apa masalah apabila Universiti Malaya mahu melantik Profesor lain sebagai Dekan Fakulti?
Sebagai Pengarah UMCedel, Prof Radzuan juga tidak boleh selama-lamanya kekal di situ. Sungguhpun beliau adalah pengasas, bukan bermakna UMcedel milik peribadi beliau.
Prof Khoo Kay Khim merupakan pengasas Pusat Sains Sukan Universiti Malaya. Bagaimanapun beliau tidak menjadi pengarah seumur hidup. Jika tidak silap saya beliau hanya pengarah selama sepenggal sebelum diganti oleh orang lain.
Soal perlantikan jawatan ia adalah hak Universiti dan kerajaan yang membiayai pengurusan Universiti.
Pada April tahun lalu, portal ini mendedahkan bahawa kemungkinan hasil kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), merupakan satu perancangan licik oleh Pengarahnya yang juga merupakan sahabat baik Anwar Ibrahim.
Pada Februari 2014, Datuk Zaid Ibrahim juga membuat sidang akhbar mendakwa pengarah UMcedel di bawah pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zaid mendakwa kajian oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ke atas persepsi umum dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang (PRK Kajang) dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Zaid, Anwar mempunyai pengaruh dalam tinjauan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berkaitan Kajang yang menghasilkan dapatan positif padanya.
Dakwa Zaid, ketika Lee Chin Cheh berundur sebagai anggota DUN – sekali gus memaksa pilihan raya kecil – Anwar mendapatkan Mohammad Redzuan Othman bagi menjalankan tinjauan segera.
“Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),” kata Zaid dalam blognya hari ini.
“Tidak mengejutkan, tinjauan Umcedel mendapati majoriti pengundi Kajang setuju bahawa pilihan raya kecil tidak membazirkan wang rakyat.
Pada Februari 2014 juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Kahlid
Ibrahim, menyelar UMcedel sebagai satu pusat yang digunakan untuk
memutar-belit keinginan rakyat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCedel) bahawa keputusan tersebut hanyalah digunakan sebagai maklumat utama untuk memutar-belitkan keingginan rakyat.
Kajian mengenai wajarkah PRK DUN Kajang diadakan atau tidak menampakkan keputusannya menyebelahi kepada Ketua Umum Pembanggkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kajian dijalankan terhadap 576 responden daripada 38,965 pengundi berdaftar di Kajang yang menampakkan hasil sebanyak 59% mengatakan YA, PRK itu wajar dilakukan berbanding hanya 17% sahaja mengatakan tidak dan 24% lain adalah tidak pasti.Justeru, tindakan Universiti Malaya tidak menyambung kontrak beliau bukanlah isu besar kerana kredebiliti beliau sendiri menjadi pertikaian.
Mungkin sebab itu juga yang
terlebih sudu dari kuah bukan tuan punya tubuh badan tetapi pihak lain
yang mahu mengambil kesempatan.
Sumber: Mykmu.net