Tak tahulah apa masalah pengguna Facebook ini tapi nampaknya dia benci sungguh pada sultan dan beberapa ustaz.
Dalam status yang dimuat naik di Facebook miliknya dapat
dilihat dia tanpa berselindung turut mengutuk sultan malah menghasut
dengan kata-kata biadap.
Dia turut dilihat membenci golongan ustaz terutama Utaz Kazim Elias
hingga menyebarkan berita bahawa Ustaz Kazim adalah sesat dan bodoh.
Penghinaannya terhadap Ustaz Kazim termasuk menuduhnya suka membuat lawak bodoh dan lawak lucah.
‘Di ulangi: daripada dengaq kazim elias lebih baik tengok
gambaq blue.. ini lebih afdol..’ - tulis Pengguna Facebook ini dalam
statusnya.
Menyedihkan, di saat ada kaum lain menghina bangsa dan agama kita
ternyata ada juga manusia seagama dan sebangsa tergamak mengutuk
bangsanya sendiri kaw-kaw.
Kalau pengguna Facebook ini ada masalah dengan Ustaz Kazim mungkin
dia boleh bersemuka dengannya untuk ‘settle’ kalau tak di dunia, di
akhirat kelak.
Tapi bab hina sultan tu, dia kena bersemuka SKMM rasanya...
Sumber: Mynewshub.my
Sumber: Mynewshub.my