Minggu lepas, tindakan seorang wanita Cina memakai baju tertulis ayat suci al-Quran giat dikongsikan di laman sosial.
Perbuatan itu dianggap menghina Islam memandangkan kalimah tersebut
sepatutnya dibaca dan diletakkan di tempat bersih serta suci dan bukan
pada pakaian.
Bagaimanapun hasil siasatan PDRM,
wanita tersebut tidak mengetahui perbuatan itu menyinggung sensitiviti
agama kerana dia baru tiba dari Korea dan baju itu pula dibeli di negara
luar.
Tup-tup, masih ada peniaga yang jahil dengan isu ini rupa-rupanya
apabila sebuah pasar raya besar didapati menjual pakaian dan t-shirt
bercetak kalimah Allah dan tulisan khat yang dibimbangi adalah ayat
suci.
Pada pendapat kami macam tulisan khat pada kaftan di bawah,
pemeriksaan oleh mereka yang arif perlu dibuat untuk memastikan ia
bukanlah ayat suci al-Quran.
Namun bagi perbuatan menjual baju dengan kalimah Allah dicetak padanya, semua pihak di negara ini sepatutnya sudah maklum bahawa kalimah itu terlalu agung untuk diletakkan pada pakaian yang terdedah pada kekotoran dan boleh menimbulkan isu dalam masyarakat.
Semoga semua pihak lebih sensitif selepas ini agar keharmonian dalam masyarakat berbilang agama di negara ini terus terpelihara.
Sumber: MYNEWSHUB.MY