NAPOH - “Indah khabar dari rupa”, itulah perumpamaan sesuai bagi
menggambarkan suasana suram di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC),
Jalan Jitra - Bukit Kayu Hitam, dekat sini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata peniaga yang menyewa di RTC itu merungut berikutan perniagaan mereka tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.
Dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 April lalu, selain menyediakan ruang niaga untuk usahawan tempatan RTC juga menempatkan beberapa cawangan jabatan kerajaan.
Antaranya, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan.
Bagaimanapun, peranan RTC sebagai platform kepada usahawan menjalankan perniagaan dilihat masih gagal dan memberi kebimbangan kepada sebahagian peniaga. Malah terdapat beberapa lot kedai didapati tidak beroperasi walaupun sudah disewa peniaga.
Peniaga, Abdullah Zakaria, 60, berkata, perniagaan menjual tudung yang dibuka sejak setahun lalu di RTC itu sekadar hidup segan, mati tak mahu.
Menurutnya, sejak kebelakangan ini dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM2,000 sebulan kerana kurang mendapat sambutan.
“Buat masa sekarang saya cuba bertahan dengan meneruskan perniagaan ini, di sini memang perniagaan saya rugi. Saya boleh bertahan pun dengan pendapatan dari cawangan kedai lain yang boleh menampung kedai di sini (RTC).
“Kita boleh lihat tidak ramai orang datang ke RTC, yang datang pun hanya orang tempatan yang mahu berurusan di agensi kerajaan... bukan mahu membeli-belah,” katanya.
Tambahnya, diharap pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dapat mengadakan lebih banyak program untuk memastikan suasana di RTC lebih hidup yang menjadi tumpuan pengunjung.
“Lokasi di sini sudah strategik, tepi jalan utama yang menjadi tumpuan pelancong untuk ke Thailand. Sebab itu, di sini perlu lebih banyak program seperti ekspo untuk tarik pelanggan” katanya.
Sementara itu, Pengunjung, Abdul Rahim Salleh, 40, berkata, dia hanya berkunjung ke RTC untuk berurusan di agensi kerajaan.
Menurutnya, RTC belum mempunyai sebarang daya tarikan yang kuat kepada orang ramai untuk datang membeli-belah.
“Kalau diperhatikan, produk-produk yang terdapat di sini boleh didapati di kedai-kedai lain sekitar kawasan ini.
"Lagi pula, ia baru beroperasi secara rasmi dan mungkin akan mengambil sedikit masa untuk menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Sumber: Sinar Harian