Penjawat Awam Meninggal Di Bazar Dapat Perhatian Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga kakitangan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Muhammad Kamal Sallehodin, yang meninggal dunia di Pasar Ramadan, Presint 3, Putrajaya semalam.

Najib juga turut meluahkan rasa sedih beliau ke atas kejadian yang menimpa mangsa itu.

“Berita kematian seorang penjawat awam di Bazar Ramadan Putrajaya semalam menyedihkan saya.

“Takziah kepada keluarga Muhammad Kamal, Al-Fatihah,” kata Najib melalui akaun twitternya.

Semalam, Allahyarham meninggal dunia kerana kepalanya terhantuk di tebing longkang di tepi pasar itu. Sebelum itu, beliau dikatakan gagal melompat longkang berkenaan.


Mangsa juga dikatakan kepenatan kerana terpaksa berjalan mendaki cerun yang agak tinggi sebelum dapat pergi ke pasar itu yang terletak sedikit tinggi dari paras jalan raya.

Beberapa keping gambar Allahyarham yang terbaring menerima rawatan kecemasan tersebar di laman sosial dan internet hari ini. Polis mengesahkan Allahyarham Muhammad Kamal meninggal dunia di tempat kejadian. 

Sumber: Mynewshub.my