Umat Islam yang meninggal dunia
dalam tragedi pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis lalu
mendapat Syahid Akhirat.
Perkara itu dijelaskan Mufti
Kedah, Datuk Paduka Syeikh Muhamad Baderudin yang berkata, walaupun pesawat itu
terhempas ia di kategorikan sebagai syahid akhirat kerana ditimpa kemalangan.
Sehubungan itu, mayat mangsa yang
meninggal dunia jikalau masih sempurna boleh dimandi dan dikafankan seperti
biasa d lakukan tetapi tetap mendapat pahala syahid akhirat.
Bagaimanapun ia tidak sama dengan
rakyat Palestin yang meninggal ketika berperang memerangi tentera rejim Zionis
bagi mempertahankan agama dan tanah air yang mendapat Syahid Dunia dan Syahid
Akhirat.
Walaupun begitu katanya, iktibar
yang boleh diambil umat Islam dari kejadian itu ialah untuk bersama-sama
bermuhasabah diri dan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah agar negara ini
tidak lagi ditimpa musibah dan dikekalkan dalam keselamatan.
"Syahid Akhirat bermakna hukuman
kalau mayat mereka itu dapat dikenal pasti kita kena buat macam orang mati biasa,
kita sembahyang, kita kafan, kita mandi, tetapi di akhirat mereka akan diberi
pahala oleh Allah semacam mana orang mati Syahid Akhirat.
"Ada pun orang yang mati Syahid kerana memperjuangkan agama Allah seperti penduduk Palestin menentang Yahudi mereka itu Syahid Dunia dan Akhirat.
"Yang jatuh kapal terbang, jatuh pokok tenggelam air (lemas) dipanggil Syahid Akhirat bukan Syahid Dunia. Di dunia dibuat semacam orang biasa tapi di akhirat kedudukan orang mati Syahid,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas
menghadiri Program Moreh Ampun Kurnia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
di Masjid Zahir, Alor Setar, malam tadi.
Sumber: Mynewshub.my