Percayalah, Anwar Tiada Kena Mengena Dengan Nur Misuari...


Terpampang di dada-dada akhbar yang menyiarkan kenyataan pihak anggota keselamatan negara yang mengesahkan serangan gerila di Sabah mempunyai hubung kait dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, yang dilabel sebagai pengganas.

Nur Misuari yang dianggap di antara pengganas militan paling dikehendaki ekoran beberapa insiden keganasan bersenjata yang dilakukan warga Filipina itu disahkan terlibat dalam insiden penculikan dan pencerobohan terbaru yang berlaku di Pulau Mabul.


Dia juga dikatakan menjadi dalang di sebalik kejadian pencerobohan berdarah di Lahad Datu sebelum ini ekoran mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III yang disifatkan sebagai salah satu "buah catur"nya.

Selain itu, KedahNews.com mendapati Nur Misuari juga turut dikatakan mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin nombor satu pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh beberapa pihak di negara ini.

Beberapa keping gambar turut dimuat naik sebelum ini menunjukkan pertemuan di antara Anwar dan Misuari dalam keadaan sangat mesra.

Gambar yang telah "diedit"?
Anwar dalam perjalanan bertemu Misuari pada 17 February 2012?
Bagaimanapun, KedahNews.com menjangka gambar-gambar berdiskripsi itu adalah sekadar gambar-gambar "photoshop" yang sengaja dibuat-buat bagi "mengenakan" Anwar.

Lagipun, mana mungkin Anwar rapat dengan pengganas seperti Nur Misuari, bukan?

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mendakwa bekas bossnya itu banyak membantu Nur Misuari terutama dalam isu-isu yang membabitkan selatan Filipina.

"Bagi saya Anwar dan Nur Misuari kini saling mempergunakan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat masing-masing.

"Nur Misuari masih menyimpan dendam kesumat terhadap Malaysia kerana menangkap dan menyerahkannya kepada Filipina pada 2002.

"Anwar pula mahu memporak-perandakan Malaysia supaya rakyat benci kepada kerajaan. Kedua-duanya mempunyai misi tertentu," katanya yang dipetik dari media arus perdana sebelum ini melaporkan tentang hubungan Anwar - Misuari.

Tolonglah jangan kaitkan Anwar dengan Misuari. KedahNews.com "yakin", Anwar memang tidak rapat dengan Misuari. Mungkin mereka hanya kenal "begitu-begitu" sahaja. - KedahNews.com