Pergi Di Kala Ramadhan, Solat Jenazah Biduanita Disolatkan Anaknya Sendiri... Al-Fatihah

SOLAT jenazah Datuk Sharifah Aini di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 11.30 pagi diimamkan sendiri oleh satu-satunya cahayamata beliau, Aliff Omar.

Subhanallah, beruntungnya Kak Pah. Walaupun Kak Pah seorang penyanyi pentas, namun pasti ada ‘keistimewaan’ pada Kak Pah hingga Allah SWT menganugerahkannya Aliff yang sangat mencintai agamanya.


Untuk pengetahuan anda, Aliff dah menuntut di Madinah lebih 11 tahun dalam Perundangan Islam.


hi_03.1

Sebab itu andai kata anak kita tak dapat jadi jurutera, tak dapat jadi peguam, tak dapat jadi doktor, janganlah kita kecewa.


Yang patut kita kecewa kalau dia tak mahu solat, tak mahu baca Al-Quran dan sebagainya sebab tanpa doa mereka, hilanglah salah satu bekalan kita bila mati nanti.

Kita mungkin berbangga anak kita dapat 5A dalam buku ‘report card’ – tetapi adakah dia juga dapat habiskan solat lima waktunya?


Percayalah, tiada yang lebih bahagia daripada melihat sendiri anak yang kita sayang, anak yang kita manja dan tatang bagai minyak yang penuh itu, memandikan dan mengimamkan sendiri solat jenazah untuk kita.
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan ANAK YANG SOLEH yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Sumber: Mynewshub.my