ZAMBOANGA CITY – Seorang pemimpin yang semakin meningkat naik dalam
pertubuhan pengganas Abu Sayyaf disyaki sedang menahan anggota polis
marin Zakiah Aleip di tempat persembunyian hutan pergunungan di Pulau
Jolo, selatan Filipina.
Sumber perisikan Filipina mengenal pasti sub-komander terbabit sebagai Alhabsi Misaya, dalam lingkungan usia 30-an.
Dia dikatakan seorang yang ‘sarat dengan wang tunai’ dan bersenjata.
Sambil menyifatkan Alhabsi sebagai pengguna dadah, sumber berkata:
“Dia semakin meningkat dengan cepat dalam barisan kepimpinan Abu Sayyaf
kerana telah meraih berjuta-juta peso wang tebusan. Dia mempunyai jumlah
wang yang besar.”
Sumber itu berkata Alhabsi tidak melakukan penculikan. Ia adalah
penculikan untuk wang tebusan kumpulan, seperti yang dilakukan Mukhtadir
bersaudara, yang menjalankan tugas tersebut, dan juga diketahui oleh
perisik-perisik Malaysia dan Filipina.
Penculik kemudian menyerahkan orang yang diculik dari pantai timur
Sabah kepada pemimpin-pemimpin Abu Sayyaf seperti Alhabsi yang
kemudiannya menjalankan rundingan tebusan melalui orang-orangnya.
Menurut sumber itu, risikan menunjukkan bahawa Zakiah mungkin menjadi
tawanan dan ditahan di sekitar kampung Indanan, sebuah kubu kuat
kumpulan lelaki bersenjata yang dipimpin Alhabsi.
“Terdapat laporan Zakiah yang berusia 26 tahun dan kumpulan lelaki
bersenjata dilihat di Indanan,” kata seorang sumber perisikan yang
berpangkalan di Zamboanga City.
Menurut sumber, Alhabsi juga merupakan orang yg menahan pelancong
Shanghai, Gao Huayun dan pekerja Filipina Marcy Dayawan, yang telah
diculik dari resort Singgamata pada 2 April dan kemudian dibebaskan pada
30 Mei.
Mereka berkata Alhabsi sinonim dengan menahan tebusan di Jolo “kerana
dia juga bertanggungjawab terhadap beberapa tebusan Filipina, termasuk
pedagang Sugar Dianne Buenviaje”.
Buenviaje, 33, diculik dari kedainya di Mapun pada Februari.
Walaupun kenyataan rasmi dari kerajaan Malaysia dan Filipina
menyatakan bahawa tidak ada wang tebusan telah dibayar untuk melepaskan
Gao dan Dayawan, sumber berkata Alhabsi menerima bayaran untuk ‘makanan
dan penginapan’.
Dalam serangan di resort di Mabul, anggota polis marin Abdul Rajah
Jamuan, 32, telah dibunuh dan Zakiah, rakan sekerjanya, diculik oleh
lapan lelaki bersenjata bertopeng sebelum tengah malam hari Sabtu. - mStar Online