Peugeot CDM25: Pun Salah BN Juga..? #SemuaSalahBN?


KedahNews.my turut sependapat dengan ramai pihak yang melihat ketidakwajaran berlaku dalam insiden pemilik kenderaan Peugeot CDM 25, Siti Farriah yang gagal mengawal diri mengamuk pada uncle Sim Siak Hong.

Dalam insiden itu, Siti Farriah atau Kiki gagal menahan nafsunya amarahnya apabila selamba memaki hamun, mengetuk kenderaan uncle Siak Hong dan menuntut gantirugi RM2,000 darinya.

Mungkin Kiki sudah sedar, meminta maaf dan mengaku salah dalam insiden tersebut, namun bak kata pepatah Melayu, "sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".

Semoga Kiki mendapat pengajaran atas sikapnya itu.

Lagipun, uncle Siak Hong pun enggan memanjangkan cerita dan dilaporkan telah memaafkan Kiki atas ketelanjurannya itu. Tahniah pada uncle!

Peliknya, ada pula yang cuba berfikiran singkat dan mengambil kesempatan mempolitikkan insiden yang sememangnya tiada kena mengena dengan politik itu.

Antara yang terbaharu, penyokong Pakatan Rakyat (PR) telah memuat naik gambar gadis tersebut, Kiki dikatakan penyokong parti Barisan Nasional dan mengaitkan tindakan biadapnya itu ada kaitan dengan fahaman politik yang disokongnya.

KedahNews.com melihat tindakan ini sebagai "politik murahan" yang hanya diamalkan oleh pihak yang lemah IQ, kurang modal, terhad intelektual dan berfikiran sangat sempit.

Maaf cakaplah, rasionalnya, adab dan tingkah laku mulia seseorang itu bukanlah berdasarkan kepada parti politik yang disokongnya sebaliknya berbalik kepada individu itu sendiri.

Perbuatan biadap dan kasar wanita ini tidak seharusnya dikaitkan dengan mana-mana kepentingan parti politik pun sama ada BN, PAS, PKR mahupun DAP kerana ia jelas tiada kena mengena dengan politik.

Takkanlah semua perkara wajar dilibatkan politik? Takkanlah nyamuk gigit kita dalam rumah pun mahu dipolitikkan dan menyalahkan BN, PAS, PKR atau DAP? Realistiklah sedikit..

Akhlak seseorang individu itu sendiri bergantung kepada didikan serta ajaran yang telah diterapkan sendiri olehnya sejak dari kecil lagi.

KedahNews.com menyarankan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya di Kedah supaya menolak 100 peratus tindakan pihak yang mempolitikkan insiden CDM 25 itu kerana minda dan akal kita tidak serendah itu, bukan?

Kalau tak dapat hormati bulan-bulan Islam lain, sekurang-kurangnya hormatilah bulan Ramadhan...-KedahNews.com