Plat "G1M" Kini Serendah RM210 Sahaja.. Best!

Bagi pembeli kereta baru atau pun pemilik kenderaan yang berminat menggunakan nombor plat Gagasan 1Malaysia (G1M), kini nombor berkenaan boleh didapati hanya dengan RM210 sahaja.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) berkata nombor pendaftaran G1M kini dalam rangka promosi.

“Nombor-nombor ini boleh didapati secara terus di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Wangsa Maju, Kuala Lumpur di tempat jualan bawah Pintu 5.

“Ia terletak bersebelahan dengan kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM),” menurut kenyataan kepada media.

KE7B diberikan mandat untuk mengendalikan urusan penjualan nombor plat G1M bagi mengumpul dana untuk membiayai projek penjelajahan dan eksplorasi di seluruh dunia.

Sebelum itu, penjualan plat G1M ialah bagi mengumpul dana bagi projek Ekspedisi Tujuh Puncak, Tujuh Benua Tujuh Nilai dalam usaha meletakkan nama Malaysia dalam peta pendakian dunia.

Projek berkenaan merangkumi misi pendakian di tujuh puncak gunung tertinggi di dunia iaiatu Gunung Everest di Asia, Gunung McKinley (Benua Amerika Utara).

Bagaimanapun kini, ia hasil penjualan berkenaan akan turut digunakan untuk membiayai projek lain KE7B yang akan dilaksanakan sehingga tahun 2020.

Untuk maklumat lanjut berkaitan nombor plat G1M anda boleh menghubungi Setiausaha KE7B, Zulaikha di 016-9035130 atau Siti Mariam di 017-2842643.
 
Sumber: Mynewshub.my