Plat Nombor Terbaik, Harap JPJ Tak Marah...


Sebenarnya kalau nak, ada macam-macam cara untuk menyebarkan kebaikan atau dakwah.

Sesetengahnya perlukan daya kreatif bagi memnyampaikan dakwah.

Contohnya pemilik Honda CRV ini, nombor plat keretanya membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk memandang kerana abjad dan nombor didekatkan hingga membentuk perkataan ‘ABAI5′.

dakwah

Tapi bila didekati rupa-rupanya terdapat penambahan perkataan pada nombor plat hingga membentuk ayat berbunyi ‘Jangan Abai 5 Waktu’ iaitu merujuk pada ibadah solat.

Bagaimanapun, nombor ini rasanya menyalahi garis panduan ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jadi kalau ada sekatan jalan raya harap-harap pemiliknya dapat ‘berdakwah’ dengan baik kepada penguasa terlibat kalau tak mahu disaman.


Sumber : MyNewsHub.My