Kota Bharu, 23 Julai – Polis
Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan gambar individu yang diburu dalam kes rogol
beramai-ramai dua gadis bawah umur yang berlaku di sebuah rumah kosong di
Ketereh 20 Mei lalu.
Sebelum ini, PDRM telah
mendedahkan indentiti lima individu berusia 18 hingga 25 yang terlibat dalam
kejadian itu setelah kesemua suspek bertindak melarikan diri.
Ketua Polis Kelantan, Dato’
Mazlan Lazim berkata, kesemua lima suspek yang melarikan diri itu tinggal
berdekatan rumah kosong tempat kejadian berlaku.
“Mereka yang dicari ialah,
pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di
Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau
Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta
Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan
Pasir, Ketereh.
“Sementara yang ketiga: Mohamad
Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad
Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir
Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,”
katanya.
Menurut Mazlan, pihaknya berjaya
menangkap 15 suspek yang terlibat dan lima daripada mereka telah dihadap ke
mahkamah untuk pertuduhan setelah mendapat kebenaran Ketua Unit Pendakwaan.
“Kami masih belum memberhentikan
usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki
mereka masih giat dijalankan,” katanya.
Empat orang suspek termasuk dua
remaja bawah umur telah di hadapkan ke Mahkamah Sekyen dan Majistret pada 11
Jun lalu manakala seorang suspek berusia 18 tahun dihadapkan pada 9 Julai lalu
dan remaja ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol.
Dalam laporan akhbar sebelum ini,
dua remaja berusia 15 dan 17 tahun mendakwa telah dirogol secara bergilir-gilir
oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh.
Setelah siasatan dijalankan,
Polis mengeluarkan kenyataan mengesahkan hanya 21 suspek yang terlibat
berbanding 38 orang yang dilapor sebelum ini.
–KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor