Jakarta – Dia dibesarkan dalam rumah diperbuat daripada buluh di tebing sungai di kawasan kotor di Pulau Jawa.
Beberapa dekad kemudian budak dari kawasan terpinggir itu diangkat
rakyat Indonesia menjadi presiden mereka iaitu yang ketujuh sejak
merdeka.
Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi bermula sebagai tokoh
merendah diri yang aktif di luar lingkaran politik ketika Indonesia
dicengkam amalan penguasaan melalui dinasti dan golongan elit daripada
era Suharto.
Keputusan muktamad diumum hari ini, mengesahkan Jokowi memenangi persaingan sengit dalam pemilihan pada 9 Julai lalu.
Jokowi mengalahkan bekas jeneral era Suharto, Prabowo Subianto dengan perbezaan enam peratus.
Bekas Datuk Bandar Solo itu memperoleh 53 peratus (atau 70,997,895 undi) berbanding Prabowo 47 peratus (62,576,444 undi).
Menjelang pengumuman rasmi, Prabowo – bekas menantu Suhato –
mengumumkan menarik diri daripada persaingan itu atas alasan berlaku
banyak penyelewengan walaupun penganalisis bebas berkata, secara umumnya
proses kali ini berlangsung dengan bersih dan adil.
Jokowi juga gemar membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan pegawainya menjalankan tugas dengan betul.
Pendekatannya yang secara langsung dan praktikal amat popular di
kalangan rakyat ketika mereka sudah muak dengan amalan rasuah serta
memencilkan ahli politik.
Dia sering melawat kawasan terpinggir di Jakarta dengan cuma berpakaian biasa dan mengetepikan segala prosedur sebagai gabenor.
Walaupun dibebani tugasan yang berat, bapa kepada tiga anak itu masih
memperuntukkan masa melayani minatnya terhadap muzik heavy metal.
Pada kesempatan tertentu Jokowi pernah dilihat menghadiri konsert di Jakarta. – AFP
Keputusan penuh pilihan raya di 33 eilayah Indonesia adalah seperti berikut:
1. Aceh
Prabowo-Hatta: 1,089,290 undi
Jokowi-JK: 913,309 undi
2. Sumatera Utara
Prabowo-Hatta: 2,831,154 undi
Jokowi-JK: 3,494,825 undi
3. Riau
Prabowo-Hatta: 1,349,338 undi
Jokowi-JK: 1,342,817 undi
4. Sumatera Barat
Prabowo-Hatta: 1,797,505 undi
Jokowi-JK: 539,308 undi
5. Jambi
Prabowo-Hatta: 871,316 undi
Jokowi-JK: 897,787 undi
6. Bengkulu
Prabowo-Hatta: 433,173 undi
Jokowi-JK: 523,669 undi
7. Sumatera Selatan
Prabowo-Hatta: 2,132,163 undi
Jokowi-JK: 2,027,049 undi
8. Lampung
Prabowo-Hatta: 2,033,924 undi
Jokowi-JK: 2,299,889 undi
9. Bangka Belitung
Prabowo-Hatta: 200,706 undi
Jokowi-JK: 412,359 undi
10. Kepulauan Riau
Prabowo-Hatta: 332,908 undi
Jokowi-JK: 491,819 undi
11. Kalimantan Barat
Prabowo-Hatta: 1,032,354 undi
Jokowi-JK: 1,573,046 undi
12. Central Kalimantan
Prabowo-Hatta: 468,277 undi
Jokowi-JK: 696,199 undi
13. Kalimantan Selatan
Prabowo-Hatta: 941,809 undi
Jokowi-JK: 939,748 undi
14. Kalimantan Timur
Prabowo-Hatta: 687,734 undi
Jokowi-JK: 1,190,156 undi
15. Banten
Prabowo-Hatta: 3,192,671 undi
Jokowi-JK: 2,398,631 undi
16. Jakarta
Prabowo-Hatta: 2,528,064 undi
Jokowi-JK: 2,859,894 undi
17. Jawa Barat
Prabowo-Hatta: 14,167,381 undi
Jokowi-JK: 9,530,315 undi
18. Jawa tengah
Prabowo-Hatta: 6,485,720 undi
Jokowi-JK: 12,959,540 undi
19. Yogyakarta
Prabowo-Hatta: 977,342 undi
Jokowi-JK: 1,234,249 undi
20. Jawa Timur
Prabowo-Hatta: 10,277,088 undi
Jokowi-JK: 2,026,735 undi
21. Bali
Prabowo-Hatta: 614,241 undi
Jokowi-JK: 1,535,110 undi
22. Nusa Tenggara Barat
Prabowo-Hatta 1,844,178 undi
Jokowi-JK: 701,238 undi
23. Nusa Tenggara Timur
Prabowo-Hatta: 769,391 undi
Jokowi-JK: 1,488,076 undi
24. Sulawesi Barat
Prabowo-Hatta: 165,494 undi
Jokowi-JK: 456,021 undi
25. Sulawesi Selatan
Prabowo-Hatta: 1,214,857 undi
Jokowi-JK: 3,037,026 undi
26. Sulawesi Tenggara
Prabowo-Hatta: 511,134 undi
Jokowi-JK: 622,217 undi
27. Sulawesi tengah
Prabowo-Hatta: 632,009 undi
Jokowi-JK: 767,151 undi
28. Gorontalo
Prabowo-Hatta: 378,735 undi
Jokowi-JK: 221,497 undi
29. Sulawesi Utara
Prabowo-Hatta: 620,095 undi
Jokowi-JK: 724,553 undi
30. Maluku Utara
Prabowo Hatta: 306,792 undi
Jokowi-JK: 256,601 undi
31. Maluku
Prabowo-Hatta: 433,981 undi
Jokowi-JK: 443,040 undi
32. Papua Barat
Prabowo-Hatta: 172,528 undi
Jokowi-JK: 360,379 undi
33. Papua
Prabowo-Hatta: 769,132 undi
Jokowi-JK: 2,026,735 undi
34. PPLN (Panitia Pemilihan Luar Negeri)
Prabowo Subianto: 313,600 undi
Joko Widodo-JK: 364,257 undi
- BERNAMA