KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan rangkaian
varian eksekutif bagi model paling larisnya, Saga dan Persona dengan
dibuka mulai hari ini.
Walaupun Saga Executive ditawarkan dengan pelbagai fungsi tambahan
lebih menarik, ia dijual pada harga atas jalan RM41,924 bagi transmisi
manual dan RM44,524 (automatik), manakala Persona Executive pula dijual
pada harga atas jalan RM49,938 (manual) dan RM52,938 (automatik).
Saga Executive dan Persona Executive, adalah varian dipertingkatkan,
disasarkan kepada pasaran golongan muda dengan varian Persona akan
ditawarkan dengan warna pilihan baharu iaitu Elegant Brown, menambah
koleksi pilihan kepada enam warna.
Antara fungsi yang dipertingkatkan bagi Persona Executive termasuk
bodi kit, tempat duduk kulit, rim 15 inci, stering dengan suis audio,
wi-fi 4G, dan spoiler belakang.
Bagi Saga Executive pula antaranya menawarkan bodi kit edisi khas,
panel konsol tengah hitam satin, ruang pendingin hawa hitam, bahagian
dalaman pintu hitam satin dan tempat duduk kulit.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata
komitmen kami adalah mempertingkatkan rangkaian kereta PROTON dengan
versi dipertingkatkan.
“Ia menawarkan pelanggan kepada pilihan nilai untuk wang tanpa menjejaskan aspek keselesaan, prestasi dan kualiti.
“Proton memiliki kejayaan besar menerusi Saga dan Persona SV dan kami
berharap ia dapat diteruskan dengan varian dipertingkatkan ini,”
katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Terdapat enam pilihan warna bagi Saga Executive iaitu Tranquility
Black, Fire Red, Genetic Silver, Blue Rock, Solid White dan Elegant
Brown.
Sementara itu, Persona Executive ditawarkan dengan tujuh pilihan
warna iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White,
Elegant Brown, Bronze Garnet dan Chiffon Green.
Saga Executive didatangkan dengan jaminan kilang tiga tahun atau
60,000 kilometer (km), sementara Persona Executive pula dengan jaminan
kilang dua tahun atau 50,000 km.
Proton Saga Executive dan Persona Executive yang kini boleh didapati
untuk tempahan di seluruh negara, namun unit dipamer di bilik pameran
bagi Sabah dan Sarawak boleh didapati bermula 17 Julai ini.
“Sebahagian daripada jaminan kilang, kami juga menawarkan servis percuma tiga tahun,” jelas Abdul Harith.
Info:-
Perbezaan harga atas jalan mengikut varian:
* Saga Executive manual – dari RM41,924
* Saga SV manual – dari RM33,438.15
* Saga Executive automatik – dari RM44,524
* Saga SV automatik – dari RM36,438.15
* Saga SV manual – dari RM33,438.15
* Saga Executive automatik – dari RM44,524
* Saga SV automatik – dari RM36,438.15
* Persona Executive manual – dari RM49,938
* Persona SV manual – dari RM44,951.50
* Persona Executive automatik – dari RM52,938
* Persona SV automatik – dari RM47,951.50
* Persona SV manual – dari RM44,951.50
* Persona Executive automatik – dari RM52,938
* Persona SV automatik – dari RM47,951.50
Sumber: Berita Harian