Putus Hubungan Dengan Ibubapa Di Akhbar: Beza Islam Dan Bukan Islam..?


Keratan iklan akhbar di atas merupakan antara kaedah bagi sesetengah pihak untuk mencari jalan keluar menyelesaikan masalah yang timbul di dalam keluarga mereka.

Dengan memutuskan hubungan dengan ibu atau bapa mereka, mungkin ia akan menyebabkan masalah mereka akan selesai dan kehidupan mereka tidak akan diganggu lagi oleh masalah yang timbul dari kedua orang tua mereka itu.

Contoh di atas tertera satu contoh tindakan seorang lelaki berbangsa Cina telah mengiklankan di akhbar untuk memutuskan hubungan kekeluargaan daripada bapa mereka secara rasmi bersama dua lagi adik-beradiknya.

Berkemungkinan besar, tindakan sebegitu diambil kerana hutang dengan ceti haram yang dibuat oleh bapa mereka sehingga ceti atau Ah Long sudah mula mengganggu hidup mereka.

Biasanya tindakan sebegini diambil untuk mengelakkan Ah Long terus memburu tiga beradik itu sebaliknya terus sahaja memburu bapa mereka yang berhutang.

Secara jelas tidak diketahui adakah iklan akhbar ini sahih tetapi daripada cara cetakan di akhbar, ia nampak tulen cuma tidak tahu terbitan akhbar yang mana satu.

Mungkin tindakan sebegitu hanyalah perkara biasa bagi golongan bukan Islam.

Namun bagi umat Islam, ia merupakan satu tindakan yang sangat tidak wajar, derhaka dan boleh dikategorikan hukumnya sebagai dosa besar.

Apa agaknya yang akan dirasa oleh ibu bapa kita sekiranya kita mengambil tindakan memutuskan hubungan dengan mereka secara rasmi sebegitu? Sudah tentu kecewa, terluka dan mungkin merintih sedih di dalam hati, bukan?

Apa agaknya hukum melukakan hati ibu dan ayah dari sudut Islam? Rasanya tidak perlu diberitahu, bukan? Kita semua sudah "besar panjang" untuk "disekolahkan" tentang hukum hakam melukakan hati ibu bapa kita... - KedahNews.com