Que Haidar Akan Ke Gaza Bantu Rakyat Palestin


Sebagai saudara seagama, pastinya penderitaan yang dialami penduduk Palestin pada ketika ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada kita seluruh rakyat Malaysia.

Tidak terkecuali pelakon Que Haidar yang menyatakan keinginannya mahu ke Gaza bagi membantu seberapa yang boleh untuk penduduk di sana.

“Setiap hari saya melihat apa yang berlaku kepada mereka di televisyen, surat khabar dan Internet. Saya pun ada anak dan isteri, apabila melihat anak-anak kecil dan wanita di sana dibunuh, dikejami dan mati setiap hari, ia benar-benar menyedarkan saya.

“Sebab itu, saya fikir apa lagi boleh kita lakukan untuk membantu mereka,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.

Menurut aktor berkaliber ini lagi, untuk menyertai misi kemanusiaan tersebut dia telah mendapatkan maklumat berhubung sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Aman Palestin yang pernah disertai Maulana AF sebelum ini.

Hasil perbincangannya dengan Aman Palestin, mereka akan bertolak ke Palestin dalam jangka masa terdekat bagi membantu penduduk yang teraniaya di tanah mereka sendiri.

Memang satu tindakan mulia apa yang Que buat ni, semoga segala perancangan yang telah direncana akan berjalan lancar dan semoga semuanya selamat pergi dan kembali. InsyaAllah.


Sumber : MyNewsHub.My