MURID dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya 8(1) selepas menerima bantuan.
“Ini tahun kedua kami menyambut Ramadan tanpa ayah di sisi, sebelum
ini ayahlah orang yang paling sibuk menguruskan keperluan kami sepanjang
bulan puasa, selain ibu... namun kini semua tinggal kenangan dan semua
terpaksa dilakukan sendiri,” luah murid Sekolah Kebangsaan (SK)
Putrajaya 8(1), Alya Adriana Abdul Rahman, 12.
Pemergian ayahnya secara tiba-tiba ketika bersujud menyebabkan dia
dan tiga lagi adiknya yang masih kecil hilang tempat bergantung dan
bermanja dalam sekelip mata.
Alya Adriana berkata, kehilangannya ayahnya dirasai terutama pada
peringkat awal, malah ibunya yang bekerja sebagai kerani di sebuah
syarikat swasta di Kuala Lumpur juga tertekan.
"Kehidupan memang agak susah selepas ayah tiada, namun kami bernasib baik kerana saudara mara sentiasa menghulurkan bantuan kepada ibu dan kami empat beradik.
"Kehidupan memang agak susah selepas ayah tiada, namun kami bernasib baik kerana saudara mara sentiasa menghulurkan bantuan kepada ibu dan kami empat beradik.
"Malah saya bersyukur dengan bantuan keperluan asas yang diterima
daripada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM).
"Terima kasih
kerana berusaha mengurangkan bebanan yang ditanggung ibu selepas
pemergian ayah,” katanya ketika ditemui di sini selepas menerima bantuan
menerusi Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) di sini, baru-baru ini.