ADUHAI…ramai pula yang merungut
mengenai kualiti baju raya Aaron Aziz dan Zizan Razak keluaran Jakel.
Beberapa aduan oleh pelanggan di
laman Facebook mengenai perkara itu telah dikongsikan menerusi blog Apahell.
Ia termasuklah dari segi jahitan
yang tidak kemas, harga yang terlalu mahal dan juga keadaan baju yang kotor.
Jika terbukti benar aduan-aduan
ini, memang tidak wajarlah Jakel memperlakukan pelanggan sedemikian rupa.
Apa tidaknya, promosi di kaca
televisyen bukan main gempak, tapi hakikatnya indah khabar dari rupa!
Diharap pihak Jakel akan
memandang serius perkara ini sebelum orang ramai hilang kepercayaan terhadap
gedung tekstil terbesar di Malaysia itu.
Sumber: Mynewshub.my