Reaksi Awal Najib Sejurus Tragedi #MH17



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menzahirkan perasaan terkejut beliau terhadap perkhabaran yang baru diterima mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di wilayah Donetsk, Ukraine, kira-kira 60 kilometer dari sempadan Russia, semalam.

Perdana Menteri turut menegaskan pihak Kerajaan akan menyiasat mengenai insiden tersebut serta merta sebagaimana yang dinyatakan menerusi akaun laman Twitter rasminya.

“Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas. Kita sedang lakukan siasatan dengan segera.” kata Najib.

Dipercayai kesemua 295 penumpang dan anak kapal pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai maut dalam kejadian tersebut. -KedahNews.com