Baru-baru ini satu status yang
dimuatnaik oleh seorang remaja beragama Islam di laman sosial Facebooknya(FB)
dan Whatsapp telah mengejutkan para pengguna media sosial sehingga mencetuskan
kontoversi hangat.
Status yang dimuatnaik oleh
pengguna FB bernama Muhammad Arwan dilihat menghina umat Islam yang sedang
berpuasa dengan menulis kenyataan berbunyi :
“Alhamdulillah.. awal-awal pagi.. buka posew bersama menu kegemaran
aku.. TIGER.. syukur pada Allah SWT.”
Terkejut KedahNews.com bila
membaca status yang dimuatnaik oleh remaja berkenaan. Berkemungkinan akaun FB
Muhammad Arwan telah berjaya diceroboh oleh pakar IT atau hanya direka oleh
individu tertentu bagi menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Sekirannya benar akaun FB ini
telah digodam oleh pihak tertentu, KedahNews.com berharap pemilik sebenar FB
atau gambar profil dapat membuat laporan
kepada pihak berkuasa agar dapat membersihkan kembali namanya yang telah
dicerca dan dihina oleh pengguna media sosial yang lain.
Walau apa pun alasan yang diberi,
kami menganggap individu yang melakukan perbuatan tersebut sebagai sangat
biadap kerana sengaja mencetuskan provokasi yang akan menyebabkan pepecahan
kaum berlaku di negara ini.
Diharap kes seperti akan di
siasat dengan lebih terperinci oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia
Malaysia (SKMM) kerana KedahNews.com perhatikan semakin ramai pengguna yang memuatnaik
pelbagai status yang telah mencetuskan pelbagai kontoroversi menganggu
kententeraman masyarakat di Malaysia.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor