Rumah Dimasuki Penjenayah, Dato" Yusof Haslam Lepaskan Tiga Das Tembakan


Kuala Lumpur, 7 Julai – Rumah pengarah filem Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati, di sini dipecah masuk, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah rumah mangsa.

Jurucakap polis berkata, mangsa bergegas ke bilik dan mengambil pistol lalu melepaskan tembakan amaran ke arah tangga rumahnya.

Menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu.

Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak.

Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti.


Sumber : Metro Online