Hari ini, antara cara berkesan untuk berniaga adalah menggunakan
laman sosial terutama blog, Facebook dan Instagram kerana ia lebih murah
namun masih mampu mencapai golongan sasaran pembeli dengan berkesan.
Bagaimanapun dari hari ke hari, peniaga online muncul bagai cendawan
selepas hujan. Tak cukup dengan persaingan sesama sendiri, peniaga
tudung contohnya terpaksa pula bersaing dengan jenama terkenal yang
sedia kukuh di pasaran.
Daripada satu segi perniagaan tudung yang semakin rancak amat baik
kerana ia melambangkan peningkatan muslimah yang menutup aurat di
Malaysia walaupun ada juga isu sesetengah tudung kelihatan tidak
mengikut syariat – inilah yang dijadikan modal seorang peniaga tudung
online untuk menyelar tudung jenama terkenal, Fareeda.
Sekiranya niat hati peniaga online ini benar-benar untuk menyedarkan
wanita muslimah di luar sana baguslah, tapi kalau ia bertujuan menaikkan
jualan dengan memburukkan produk lain apa pula hukumnya ya?
Lagi pun setahu kami, tudung Fareeda ada juga yang dijual labuh
hingga menutup dada manakala pengguna tudung bawal pula ada yang
menggayakan tudung besar ini dalam keadaan singkat hingga tidak menutup
aurat seperti sepatutnya.
Jadi isu tudung menutup aurat atau tidak ini pada kami terletak pada si pemakai, bukan jenama tudung tertentu. Tak gitu?
Sumber: Mynewshub.my