Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memutuskan untuk memilih Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon utama menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor disifatkan sekadar memenuhi nafsu serakah politik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias dalam kenyataannya kepada media menyatakan bahawa tindakan menggulingkan Khalid oleh partinya sendiri itu tidak mampu menyelesaikan krisis perebutan kuasa yang berlaku di dalam PKR di Selangor.
"Dakwaan Anwar bahawa isterinya dianggap
sebagai pemimpin yang paling sesuai untuk membawa kestabilan dan
sokongan rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat, tidak lebih hanya untuk
kepentingan dirinya.
"Saya pelik dengan Anwar ini kerana sebelum ini beliau begitu bersungguh-sungguh mengangkat (Abdul) Khalid yang dianggap sebagai tokoh paling hebat memimpin Selangor.
"Sekarang ini, lain pula jadinya apabila dia yang bersungguh-sungguh singkirkan Khalid," katanya yang dipetik dari akhbar Berita Harian, semalam.
"Saya pelik dengan Anwar ini kerana sebelum ini beliau begitu bersungguh-sungguh mengangkat (Abdul) Khalid yang dianggap sebagai tokoh paling hebat memimpin Selangor.
"Sekarang ini, lain pula jadinya apabila dia yang bersungguh-sungguh singkirkan Khalid," katanya yang dipetik dari akhbar Berita Harian, semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad pula menegaskan PAS tidak pernah setuju atau merestui Wan Azizah menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar.
"Kita tak pernah setuju," katanya baru-baru ini menolak calon PKR itu.
Desas-desus pula menyatakan bahawa PAS yang punya kelebihan satu kerusi DUN di Selangor mahu salah seorang dari ADUN mereka dipilih menggantikan Khalid yang kini dilihat sebagai mangsa "konspirasi peringkat tertinggi" PKR.
Sementara itu, DAP yang dari awal lagi sedar tentang undang-undang tubuh Selangor yang tidak membenarkan Menteri Besar dipilih dari golongan bukan Melayu Muslim pula lebih bersetuju dengan pilihan Anwar itu.
"Wan Azizah mampu urus tadbir negeri dengan baik dan kami tetap beri sokongan," kata Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim, yang dipetik dari Sinar Harian.
Krisis perebutan kuasa Menteri Besar Selangor dilihat sebagai bukti ketamakan para pemimpin Pakatan Rakyat dan menyebabkan ramai rakyat di negeri itu kesal memilih mereka menerajui Selangor bagi penggal ini.
Sayangnya, "nasi sudah menjadi bubur"... - KedahNews.com