Selamat Hari Lahir Ke-61 Datuk Seri Najib!


Hari ini 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadhan 1435 Hijrah adalah hari ulang tahun kelahiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak ke-61.

Dalam menyambut ulang tahun kelahiran hari ini, Najib menerima pelbagai rintangan dalam mentadbir negara termasuklah dua insiden yang mendapat perhatian dunia iaitu tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 dan yang terbaru pesawat MH17 terhempas apabila ditembak di sempadan Ukraine.

Selain itu, beliau juga turut menerima pelbagai cabaran dalam arena politik daripada pihak pembangkang yang ingin mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan yang sekian lama dipegang oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

Namum, setiap cabaran dan dugaan dapat dihadapi dengan tenang tanpa menyusahkan rakyat, malah beliau turut memberi bantuan kewangan terhadap semua masyarakat tidak mengira kaum menerusi pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M).

Syabas dan tahniah pihak KedahNews.com ucapkan kepada pemimpin nombor satu negara yang sentiasa prihatin dan membantu rakyat dalam pelbagai aspek agar setiap masyarakat mendapat kemudahan tidak mengira agama dan warna kulit.

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ 
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” – Al Baqarah, Ayat 214.
Sikap tenang Najib yang tidak mudah melatah walaupun dikritik oleh pembangkang yang sedaya upaya cuba menjatuhkannya, tetapi beliau tetap tersenyum dan terus berbakti kepada rakyat di negara ini.

Mungkin di atas sikap tenang itulah yang menyebabkan pembangkang sukar menggugat kedudukan beliau sebagai peneraju negara.

KedahNews.com dan seluruh rakyat Malaysia berdoa agar Allah SWT sentiasa merahmati kehidupan beliau dan memanjangkan usianya agar terus memacu kemajuan negara agar terus berjaya di masa hadapan.

Selamat Hari Lahir PM...-KedahNews.com