"Selfie" Pertama Di Bulan Pada Tahun 1966



Semalam, 21 Julai merupakan hari ulangtahun ke-45 manusia menjejakkan kaki buat pertama kali di bulan oleh Angkasawan Amerika Syarikat; Neil Armstrong.

Biarpun begitu, seorang lagi angkasawan yang dikatakan lelaki kedua menjejakkan kaki ke bulan iaitu Buzz Aldrin mencuri tumpuan dunia hari ini dengan satu perkara yang begitu menarik.

Aldrin berkongsi melalui twitter, gambar selfie pertama di angkasa lepas yang dirakamkannya pada tahun 1966.

Hari ini, beliau memuatnaik gambar berkenaan dan menggelarkan gambar itu sebagai “Gambar Selfie Yang Pernah Ada”.

“Tahukah anda? saya telah merakamkan selfie pertama di angkasa lepas ketika menyertai misi Gemini 12,” katanya.

Misi berkenaan adalah kira-kira tiga tahun sebelum misi Armstrong dilancarkan ke bulan iaitu pada 16 Julai 1969. 

Sumber: Mynewshub.my