Siapa Pak Cik Berkopiah Putih Ini?


Sekali pandang nampak semacam pakcik kampung biasa kan. Tapi bila lihat betul-betul baru perasan beliau bukan calang-calang orang tapi  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang mesra dipanggil Tok Pa.

Bukan kisah baru, beliau yang yang juga Ahli Parlimen Jeli merupakan pemimpin yang disegani rakyat Kelantan kerana sering mengamalkan sikap sederhana dan tawaduk. Tidak hairanlah, beliau memenangi kerusinya dengan majoriti besar setiap kali pilihan raya.

Terbaru, Tok Pa dipuji ramai apabila berkongsi gambarnya di Facebook menaiki kereta sewa dari Air Puteh ke Bandar Jeli. Sedangkan dengan kedudukan dimiliki, beliau boleh sahaja ke sana ke mari tidak kira atas apa tujuan sekali pun dengan berkenderaan mewah dan selesa.

tokpanaikteksi

Boleh dilihat, rata-rata komen bukan sahaja memuji malah tidak terkejut apatah lagi melabel beliau sebagai berpura-pura kerana peribadi Tok Pa yang gemar bersederhana bukan satu rahsia.

Tahniah diucapkan kepada pemimpin Umno ini, diharapkan lebih ramai lagi dapat mengikut jejak langkah beliau.

Sumber: Mynewshub.my