Siapa Tergamak Fitnah Felixia Di Bulan Ramadhan?

Walaupun sudah mengucap dua kalimah syahadah minggu lalu, masih lagi timbul kesangsian di hati pelbagai pihak mengenai tujuan sebenar bekas model Playboy, Felixia Yeap memeluk Islam.

Ramai mendakwa bahawa Felixia atau nama Islamnya, Raisyyah Rania tidak ikhlas dalam memeluk Islam malah menuduh dia masuk Islam hanya kerana ingin berkahwin dengan teman lelakinya yang berbangsa Melayu.

Bagaimanapun, Felixia ataupun Raisyyah menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menyatakan tidak menolak sekiranya jodohnya datang dalam masa terdekat kerana itu semua merupakan ketentuan daripada Allah SWT.


“Kalau jodoh datang masa ini, Raisyyah rasa memang wajar terima jodoh. Bagi Raisyyah, kalau ya pun betul-betul kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya pun di masa depan, kalau itulah jodoh Raisyyah yang Allah tentukan, Allah rancangkan untuk Raissyah, siapa Raissyah untuk mempertikaikan dan menolak jodoh tersebut,” katanya memetik portal Rotikaya.

Sebelum ini, Raisyyah pernah mendedahkan identiti kekasihnya yang dikenali sebagai Raja Zainal Badri sebaik sahaja dia bergelar Muslimah pada Khamis minggu lalu.
Sumber: Mynewshub.my