Selain ilmu yang bermanfaat, ada
juga yang memilih untuk belajar ilmu tidak sepatutnya dengan tujuan untuk hidup
senang.
Ilmu dimaksudkan termasuklah ilmu
hitam untuk tujuan memukau dan merompak harta benda orang lain.
Untuk pengetahuan bersama,
terdapat satu cara untuk mengetahui sekiranya kediaman kita menjadi sasaran
pengamal ilmu hitam untuk merompak atau disihir.
Perkongsian tentang perkara ini
giat dikongsikan di laman-laman sosial sekarang dengan sumber dikatakan
daripada ‘Ustaz Zamri’.
Menurut perkongsian tersebut, jika terlihat ada lilitan tali
berbentuk tiga segi diikat pada pagar atau mana-mana tempat di rumah kita atau
taman perumahan, maka tali tersebut hendaklah segera dibakar sebelum ia diambil
semula oleh pihak yang berniat jahat.
Menerusi cara itu kediaman kita atau orang lain tidak sempat
menjadi mangsa perompak atau dituju dengan ilmu sihir.
Kami berkongsikan pos ini dengan tujuan mudah-mudahan ia
memberi manfaat. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam.
Sumber : MyNewsHub.My