ALOR SETAR - Tidak sanggup bersekongkol dengan perbuatan salah suami,
seorang wanita mendedahkan suaminya bernikah dengan isteri kedua
menggunakan khidmat sindiket di Alor Setar.
Lelaki berumur sekitar 40-an itu dikatakan bernikah dengan isteri keduanya pada 25 Oktober 2010, di Thailand.
Perkahwinannya itu bagaimanapun terbongkar selepas beberapa bulan mereka melangsungkan pernikahan bukannya di Thailand, sebaliknya negeri ini.
Difahamkan, si suami yang merupakan seorang kontraktor di negeri ini mengenali wanita terbabit sebagai rakan kongsi perniagaan.
Namun, selepas sekian lama berkenalan, mereka kemudiannya bersetuju untuk berkahwin menerusi sindiket nikah poligami ekspres sebagai langkah mudah.
Isteri pertamanya, Sarah (bukan nama sebenar), 40, berkata, dia tidak menghalang sekiranya suaminya ingin berpoligami tetapi bukan dengan cara seperti itu.
“Saya bukan menghalang mereka untuk berpoligami, tetapi suami saya tidak mampu. Dia lebih banyak bergantung kepada saya dan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia mula mengetahui suaminya berkahwin dengan wanita itu pada 2011.
“Saya dimaklumkan bahawa mereka berkahwin di Thailand. Syukur suami saya tidak berzina dan mereka berkahwin.
“Kemudian, saya hubungi Pejabat Agama Kuala Nerang untuk menyemak sama ada mereka mendaftar perkahwinan itu di Malaysia, tetapi jawapan yang diterima adalah mengecewakan,” katanya.
Sarah berkata, dia dimaklumkan bahawa suaminya tidak berkahwin di negara jiran sebaliknya melakukan pernikahan itu di Alor Setar.
“Saya betul-betul terkejut dengan perkara ini. Bagaimana mereka boleh nikah poligami di Malaysia tanpa pengetahuan saya.
“Selepas itu, saya cuba dapatkan salinan sijil nikah dan pergi ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar untuk menyemak. Mereka kemudiannya mengesahkan bahawa sijil nikah itu adalah palsu,” katanya.
Jelasnya, sebaik pasangan itu mengetahui bahawa sijil nikah adalah palsu, maka berlakulah pertikaman lidah sehingga terbongkarnya kegiatan sindiket nikah poligami ekspres.
“Suami saya mengakui bahawa mereka berkahwin di sebuah bilik hotel sekitar Alor Setar dan memang mengenali sindiket berkenaan.
“Saya tidak tahu berapa yang dibayar untuk berkahwin melalui sindiket itu, tetapi pada sijil nikah tertulis belanja sebanyak RM7,000 dan mas kahwin RM80,” katanya.
Sebagai bukti pernikahan itu, suaminya pernah menunjukkan gambar pernikahan mereka dalam sebuah bilik dipercayai di sebuah hotel mewah.
“Dalam gambar itu saya nampak katil dan kerusi hotel tetapi tidak pula kelihatan tok kadi (penolong pendaftar nikah) atau saksi lain,” katanya.
Sarah memberitahu suaminya pernah menggambarkan wajah tok kadi yang menikahkan mereka adalah seorang lelaki tua, berjanggut panjang dan memakai serban putih.
Menurutnya, lelaki itu mungkin imam masjid di Alor Setar.
Sementara itu, berdasarkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar mengesahkan bahawa sijil nikah poligami terbabit adalah palsu.
Sebelum ini, Sinar Harian mendedahkan khidmat sindiket nikah poligami ekspres yang menyediakan pakej lengkap termasuk sijil nikah menyerupai Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) boleh dilakukan tanpa kehadiran wali dengan bayaran serendah RM3,000.

Sumber: Sinar Harian