'Spiderman' Malaysia Didenda RM1,000 Ceroboh Bangunan


Kuala Lumpur, 15 Julai - Seorang jurugambar sambilan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana telah menceroboh bangunan 1 Sentrum, KL Sentral.

Jurugambar, Keow Wee Loong, 26, telah melakukan pencerobohan di bangunan setinggi 32 dengan cara memanjat seperti 'spiderman' tanpa sebarang kebenaran dua minggu lepas.

Dalam perbicaraan semalam, Koew mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan oleh hakim mahkamah.

Majistret Nur Azura Murah telah menjatuhkan hukum denda sebanyak RM1,000 kepada Koew Wee Loong diatas kesalahanya dan memerintahkan dia dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Peguam, Latheefa Koya yang mewakili Keow berkata, anak guamnya bersetuju untuk membayar denda yang telah dikenakan oleh mahkamah.

Dalam kejadian 29 Jun lepas, Keow didakwa menceroboh bangunan 1 Sentrum, KL Sentral dengan cara memanjat di luar bangunan  pada jam 2.30 petang..

Mengikut pertuduhan kes, Keow telah memanjat  dari luar bangunan 1 Sentrum, KL Sentral tingkat bawah sebelum ditangkap oleh pengawal keselamatan ketika berada di tingkat 32 bangunan kira-kira jam 3,30 petang.

Keow didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor