Daripada Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin Umar berkata, Nabi SAW
bersabda yang bermaksud: Yang menjadi imam bagi sesuatu kaum itu
didahulukan mereka yang banyak mengingati al-Quran dan paling baik
bacaannya.
Imam sebenarnya perlu mempunyai ciri-ciri berikut antaranya berilmu,
memiliki bacaan yang baik selain prihatin terhadap keadaan makmum di
belakangnya.
Dalam menentukan baik bacaan seorang imam, surah al-Fatihah sendiri
sangat penting dan perlu dipandang serius seorang yang
dipertanggungjawabkan memimpin solat.
Jika meninggalkan atau tersilap melakukan salah satu daripadanya, maka terbatal solat.
Sebab itu, salah satu rukun solat yang perlu diberi perhatian adalah
bacaan al-Fatihah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
dari Ubadah bin as-Somit menyatakan hadis ini marfu’ kepada Rasulullah
SAW: Tidak ada solat bagi mereka yang tidak membaca surah al-Fatihah.
(Hadis sahih Muslim, bab solat, 595).
Justeru imam yang salah bacaan Fatihah, bukan saja solatnya batal,
tetapi makmum di belakangnya pun turut terbatal. Antara kesalahan dalam
bacaan Al-Fatihah terbahagi kepada dua bahagian.
Pertama, kesalahan besar yang membatalkan solat si pembaca dan yang
kedua, kesalahan kecil yang tidak membatalkan solat si pembaca. Bagi
mengenal pasti dan mengetahui ia kesalahan besar atau kecil dua unsur
ilmu diperlukan iaitu ilmu tajwid dan tatabahasa Arab.
Bagi kesalahan bacaan Al-Fatihah yang membatalkan solat adalah
menukar makhraj huruf asal kepada huruf lain, berubah baris yang
mengubah sama sekali maknanya dan meninggalkan tasydid (tanda sabdu).
Penting sekali buat imam memelihara bacaan Al-Fatihah supaya tidak
berlaku kesalahan yang menyebabkan batalnya solat dan iman seseorang.
Berikut adalah bacaan Al-Fatihah oleh Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih Hafizahullah, yang diiktiraf paling tepat makhrajnya.
Beliau memegang sanad tertinggi Al-Quran yang bersambung kepada Rasulullah SAW, diiktiraf oleh semua Ulama’ dunia.