Subhanallah: Kisah Menarik Uncle India Dengan Tabung Gaza Di Jitra #OpSaveGaza



MENARIK sungguh pengalaman seorang pengguna Facebook iaitu Bintu Mahzir yang dikongsikan menerusi statusnya.

Menurutnya, dia bersama rakan-rakannya sedang membuat kutipan untuk Tabung Gaza di bazar Tanah Merah, Jitra, kelmarin sebelum didatangi oleh seorang lelaki India yang kelihatan tidak terurus dan mungkin juga tidak waras.

Perasaan gusar yang timbul kerana menyangka lelaki itu mungkin berniat kurang baik berubah menjadi malu kerana dia sebenarnya mempunyai hati yang cukup mulia.
Berikut merupakan status penuhnya:
“Semalam buat kutipan utk Tabung Gaza di bazar Tanah Merah,Jitra.

Dijadikan cerita,group kami didatangi sorg uncle india. Fizikal dia nampak seolah-olah kurang waras,kurang terurus..melilau sekeliling bazar.

Awal2 dia datang pd kami sekadar bersembang. Kemudian datang sekali lagi dgn tangan disimpan dalam poket seluar sambil tengok2 tabung. Dalam hati rasa risau kot2 uncle nak seluk tangan dlm tabung ambil duit or ambil tabung(astaghfirullah!suudzhon!)

Tengah uncle tengok2 dlm lubang tabung,a.Fadhli cakap,

“Uncle..lubang tu utk masukkan duit.”

Uncle tengok dia.

“Duit..orang letak dalam lubang tu nanti .” …

“Owh,kena masukkan duit dalam ni?”

“Ya uncle. Sumbangan utk Gaza”. So,uncle td pusing skit gaya mcm nak tinggalkan tempat tu.

Tiba2,uncle pusing balik..keluarkan tangan dr poket seluar dan masukkan 20sen dalam tabung Gaza. MasyaAllah! 

Dalam hati,”uncle ni xdak duit nak makan..tapi sanggup bg 20sen yg ada dlm tangan” (suudzhon lagi maya!!)

Paling terharu,uncle kata,”saya ada yg itu saja..saya bagi. Kalau saya ada RM50,saya bagi semua..masukkan dalam ni,”sambil tunjuk tabung.

Uncle jalan skit, patah balik..jalan patah balik sambil ulang ayat yang sama. Then uncle cakap lagi,

“Saya nak jalan2 cari orang yg ada RM50, bawak mari sini..suruh masukkan duit dalam ni”.

Jalan dan patah balik semula. Ayat yang paling tak sangka akan keluar dr mulut orang yang dilihat tidak waras..”JANGAN RASA RUGI MEMBERI!”

Secara fizikal dia kelihatan terbiar,kurang terurus,tidak waras..hakikatnya dia memiliki hati yang baik. Malah bicaranya juga menyentap hati walaupun ringkas.

Inilah dia, Uncle.”
Bagi kami, mungkin lelaki tidak memahami apa yang sedang berlaku di Gaza pada ketika ini, namun dia tahu ada insan susah sedang menunggu bantuan di sana.

Jika insan daif seperti ini sanggup berkorban demi membantu orang lain, takkan kita yang jauh lebih senang ini hanya mahu berpeluk tubuh sahaja?

Sumber: Mynewshub.my