Sultan Selangor Enggan, Tiada Masa Jumpa Khalid Samad

Surat permohonan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bukan saja ditolak, malah turut disifatkan sebagai sangat mengguris hati Sultan Selangor itu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamd Bunir Bani dalam kenyataan kepada media menegaskan bahawa surat tersebut bukanlah surat untuk memohon ampun atas tindakannya yang biadab mahu menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.

Namun sebaliknya, surat berkenaan lebih menjurus kepada surat permohonan untuk memberi penjelasan atas cadangan yang mencabar kewibawaan institusi DiRaja Selangor itu.

"Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

“Titah Tuanku kepada Abdul Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku," katanya. 

Jelas Munir lagi, Sultan Selangor enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan biadab Khalid itu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan Baginda akan mempertimbangkannya.

Namun disebabkan permohonan itu bertujuan mengadap Tuanku semata-mata mahu memberikan penjelasan maka Sultan Selangor tegas menolaknya.

Sebelum itu, Khalid bersama tiga lagi Ahli Parlimen dari PAS pada Jun lalu mendesak MAIS mengembalikan Bible versi Bahasa Melayu yang dirampas penguatkuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia. 

Secara melampau, Ahli Parlimen Shah Alam itu kemudiannya meminta Kerajaan Selangor hapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Khalid sebagai biadab.

Mengenai tarikh pertemuan yang diminta Abdul Khalid untuk bertemu Sultan Selangor, Mohamad Munir berkata, Baginda terlalu "sibuk" untuk melayan permohanan Ahli PAS itu. -KedahNews.com