Seorang wanita dari Albuquerque,
New Mexico, Amerika Syarikat, Linda Murphy telah ditahan oleh pihak polis
selepas didakwa menganggu bekas teman lelakinya baru-baru ini.
Linda, 28, didakwa telah
mengganggu bekas kekasihnya, William Ryan apabila membuat panggilan telefon
sebanyak 77,639 kali dalam masa seminggu terhadap lelaki terbabit.
Selain itu, Linda juga didakwa
telah menghantar 1937 email, 41, 229 khidmat pesanan mesej dan 647 surat kepada
Ryan juga dalam tempoh masa yang sama.
Linda telah menggunakan tiga
telefon bimbit berlainan untuk menelefon Ryan setiap hari, 24 jam sehari tanpa
jemu sehingga memaksa Ryan membuat laporan polis.
Menurut peguam Ryan, anak guamnya
berasa sangat lega dengan penahanan Linda kerana dia tidak dapat tidur dan
menikmati kehidupan sehariannya selepas diganggu Linda.
Pakar yang menguruskan kes ini
berpendapat mereka akan memeriksa terlebih dahulu tahap kesihatan mental wanita
tersebut sebelum kesnya dibicarakan di mahkamah.
Sumber: Mynewshub.my