Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, telah mengisytiharkan perintah berkurung di
kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) Sabah melibatkan enam daerah di negeri itu bermula dari jam 6 petang hingga ke 6 pagi.
Daerah yang terlibat dengan perintah tersebut adalah Tawau, Sandakan, Semporna, Kinabatangan, Beluran dan Lahad Datu.
Menurutnya lagi, perintah berkurung itu akan berlanjutan hingga tempoh tidak melebihi 14 hari.
Masyarakat yang terlibat dengan perintah ini harus memberi kerjasama
rapat dengan pihak berkuasa dan mematuhi segala arahan kerana ini adalah demi
keselamatan mereka sendiri.
Selain itu, arahan dari Jalaluddin itu membabitkan kawasan perairan seluas 194,032 kilometer persegi bermula
dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke jati Tawau di selatan.
Beliau berkata, sepanjang tempoh perintah berkurung dikuatkuasa, pihaknya tidak membenarkan sebarang
aktiviti termasuk menangkap ikan dibenarkan di kawasan terbabit kecuali nelayan persisir pantai yang menjalankan aktiviti tidak melebihi tiga batu nautikal dari pantai Sabah.
Pihak berkuasa turut menggariskan sempadan kawasan dengan garisan merah dan menanda kawasan yang dibenar menjalankan aktiviti menangkap ikan dengan garisan merah. -KedahNews.com