Alor Setar - Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dilaporkan terhempas di Donetsk, Ukraine, sebentar tadi didakwa berkemungkinan telah ditembak oleh senjata anti-pesawat BUK-M1 yang juga dikenali sebagai SA-11 milik pengganas militan di negara itu.
Memetik dari laman media sosial twitter media antarabangsa, @NATOSource, menjelaskan kemungkinan pesawat Boeing 777 itu telah menjadi mangsa tembakan puak militan Luhansk People’s Republic (LPR) di Ukraine.
LPR baru-baru mengaku bertanggungjawab menembak dua pesawat milik Tentera Udara Ukraine pada 14 Julai lalu, dan sebuah pesawat lagi pada 11 Julai sebelumnya.
Pesawat MH17 itu dilaporkan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam semalam dan sepatutnya masuk ke ruang udara Rusia pada jam 5.20 waktu Moscow
terhempas kira-kira 60 kilometer sebelum memasuki sempadan negara itu.
Memetik dari media Rusia, ITAR-TASS, pihak berkuasa di Ukraine sedang menyiasat tentang malapetaka tersebut.
"Walau bagaimanapun, pesawat itu terhempas kira-kira 60 kilometer dari sempadan" kata sumber dari pusat kawalan udara Ukraine yang dipetik dari agensi berita itu. -KedahNew.com