Terkini Gaza: Lebih 60 Saudara Kita Maut, 13 Rejim Berjaya Dibunuh! #OpSaveGaza

Alor Setar - Sedang Malaysia dalam kesedihan berhubung tragedi MH17 yang menyayat hati, rejim Zionis Israel pula membunuh lebih 60 umat Islam Palestin dalam satu siri serangan terburuk sepanjang 2 minggu puak laknatullah itu menyerang Gaza.

Pengarah Hospital Shifa, Naser Tattar, mendedahkan seramai 17 orang kanak-kanak, 14 wanita dan 4 orang warga emas antara yang terkorban, menjadi mangsa serangan rejim paling tidak berhati perut dalam sejarah peradaban dunia moden.

Laungan seperti "Adakah anda melihat Ahmed?" "Adakah anda melihat isteri saya?" bergema di segenap ceruk lokasi di dalam kekalutan rakyat Gaza mengharungi hari berdarah ketika diserang pihak rejim Zionis Yahudi itu. 


Memetik dari sumber media antarabangsa, Reuters, yang berada di Shejaia, lokasi pertempuran di antara briged Al-Qassam dengan rejim Israel laknatullah itu, kira-kira 400 rakyat Gaza turut cedera dan sedang menjalani rawatan di hospital yang serba kekurangan.

Sebaliknya, dilaporkan bahawa seramai 13 anggota rejim Zionis itu telah berjaya dibunuh oleh briged Al-Qassam dalam pertempuran semalam.

"Tujuh daripada 13 anggota tentera Israel maut dibedil kereta perisai anti-kereta kebal, manakalau yang lainnya terbunuh ketika menceroboh di sekitar perumahan rakyat di Gaza," kata sumber yang dipetik dari media tersebut. 

Jumlah angka kematian yang mencecah lebih 13 tentera Yahudi Israel itu merupakan rekod kejayaan tertinggi membunuh musuh-musuh Islam itu sejak tahun 2006 ketika digempur pejuang Hizbullah di Lubnan sebelum ini.


Meskipun dilaporkan pencerobohan Israel terhadap Gaza sejak dua minggu lalu telah membunuh 18 anggota tentera Israel, briged Al-Qassam dan pejuang mujahidin di Gaza mendakwa sudah menamatkan riwayat berpuluh-puluh anggota rejim zionis itu.

Namun kami difahamkan pihak Israel enggan mendedahkan jumlah angka kematian sebenar tentera mereka untuk menipu masyarakat dunia dan rakyat mereka sendiri.



KedahNews.com menggesa agar umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia supaya melakukan solat hajat dan membaca doa Qunut Naazilah bagi membantu saudara kita di Gaza sekaligus menghancurkan rejim Israel laknatullah itu. Allahu Akbar! -KedahNews.com/Gambar: Reuters