Siapa rakyat Malaysia yang tidak mengenali Mazidul Akmal Sidek, seorang wartawan dan anak didik TV3 yang benar-benar menyerlah serta disegani ramai pengamal media di negara kita.
Namun sudah lebih sebulan, wartawan Mazidul terlantar di katil wad Hospital Pantai, Kuala Lumpur, dalam keadaan koma dan sedang menerima rawatan akibat serangan angin ahmar.
Mazidul dilaporkan mengalami serangan angin ahmar pada akhir Jun lalu dan kini kita semua berada di akhir Julai, menjelang Aidilfitri.
Kejadian yang menimpa Mazidul itu telah dimaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi rakannya yang juga seorang penganalisis jenayah, Dr. Kamal Affendi Hashim.
Hari ini menerusi laman blognya, mediarfm.blogspot.com, Dr. Kamal memaparkan perkembangan dan gambar
terkini Mazidul yang masih dilihat seperti separa sedar di hospital.
Menurut artikel terbaru di laman itu, pengacara dan wartawan yang digeruni ramai penjenayah itu telah menjalani pembedahan membuang darah beku di dalam kepalanya dan kini dalam keadaan separa sedar.
Diharapkan semua rakyat Malaysia bersempena keberkatan di akhir bulan Ramadhan dan menjelang Syawal ini supaya sama-sama mendoakan kesihatan Mazidul agar dapat
kembali seperti sediakala seterusnya kembali menghasilkan berita untuk tatapan
orang ramai. -KedahNews.com