Selepas putus cinta dengan Fazura, tidak ada berita
tentang teman istimewa dalam hidup Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan
Ibrahim.
Tup-tup, tersebar khabar menyatakan baginda bakal
melangsungkan perkahwinan Oktober depan.
Semuanya gara-gara sepucuk surat yang tersebar berkaitan
mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja
yang tertera nama baginda.
Sebaik sahaja perkara ini diketahui umum, apa lagi
ramailah ‘penyiasat persendirian’ merisik tentang pilihan hati TMJ.
Hasil risikan, gadis tersebut rupa-rupanya sudah sering
dibawa TMJ menonton perlawanan bola sepak dan menghadiri majlis-majlis rasmi.
Dikenali sebagai Cik Khaleeda Binti Bustamam dan berusia
lingkungan 20an, gadis ini dipercayai sudah berjaya menambat hati keluarga dan
kerabat Johor lain.
Sebagai bukti Cik Khaleeda kelihatan menemani TMJ di
perlawanan bola sepak yang turut dihadiri adinda baginda, Tunku Aminah.
Sekiranya benar Cik Khaleeda adalah pilihan hati TMJ dan
mereka bakal disatukan tidak lama lagi, maka cerita perkenalan pasangan ini
pasti menarik perhatian seluruh negara.
Ia kerana kisah cinta mereka boleh diibaratkan bagai
dongeng dalam buku cerita di mana putera raja yang menjadi kegilaan ramai
perempuan akhirnya memilih seorang rakyat biasa.
Sumber : Mynewshub.my