Alor Gajah, 8 Julai – Seorang
bapa bertindak membelasah anaknya sehingga mati kerana tercabar apabila anak
sulungnya itu menyatakan hasrat mahu bekerja bagi mencari rezeki.
Kejadian berlaku kira-kira jam
5.00 petang Sabtu lalu, mangsa, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, dipercayai telah
dibelasah dengan oleh kayu setelah memberitahu hasratnya yang ingin bekerja
kerana tidak tahan melihat sembilan orang adiknya hanya berbuka dengan menjamah
bubur nasi dan air kosong.
Hasrat yang diluahkan oleh remaja
itu telah menyebabkan bapanya yang berusia 52 tahun menjadi berang kerana
tercabar dengan keinginan mangsa dan bertindak membelasah anak sulungnya dengan
mengunakan kayu sehingga pengsan.
Ibu mangsa, Siti Habibah Ismail,
38, berkata, tragedi itu berlaku jam 5.00 petang, apabila suaminya bertindak
membelasah Muhamad Hafiz dengan mengunakan kayu sehingga pesan sebelum mangsa
dibawa masuk ke dalam biliknya di kediaman mereka di kampung Jawa.
.Menurut Siti Habibah, dia
terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum cuba meminta pertolongan
daripada jiran-jiran untuk memanggil ambulans tetapi dihalang oleh suaminya
yang beranggapan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan Cuma kepenatan
akibat dipukul.
“Sepanjang anak terbaring dalam
bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya
untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi
tertidur.
“Bagaimanapun kira-kira jam 8.30
pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen
penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak
sebelum menghubungi bantuan kecemasan.
“Pasukan paramedik yang tiba
tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia,” katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua
Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa
yang telah dipukul mengalami kecederaan dalaman di bahagian kepala yang
menyebabkan mangsa meninggal dunia. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor