Syarikat Malaysia Airlines (MAS)
merupakan syarikat penerbangan milik negara yang sememangnya perlu dijaga dan
dipelihara serta disokong oleh rakyat Malaysia.
Berikutan insiden pesawat MH17
yang terhempas, Khamis lepas kini rakyat Malaysia dilihat banyak yang
menyalahkan MAS dan mempersoalkan beberapa tindakan mereka biarpun mereka
mengikut peraturan dalam laluan penerbangan antarabangsa.
Bagaimanapun, bagi Pendakwah;
Ustaz Mohd Kazim Elias beliau tetap komited menyokong MAS dan dalam kemaskini
terbaru di laman Facebooknya yang menyatakan sokongan kuatnya kepada MAS.
“Go MAS, Jangan patah sayap walau
banyak ujian menimpa.. Bangun dan kukuhkan kekuatan, saya sokong MAS,
InsyaAllah September nanti saya akan ke Melbourne untuk program kembara ilmu.
“Saya sudah tempah tiket MAS..
Saya bangga dengan MAS,” katanya.
Berapa ramai lagi agaknya orang
rakyat Malaysia yang sanggup menyatakan kesanggupan terus setia menggunakan
syarikat penerbangan milik Malaysia ini untuk bermusafir tidak kira untuk
pelancongan biarpun untuk bekerja.
Pesawat MH17, mengalami kesudahan
yang mengejutkan apabila terhempas di Grobovo, Ukraine berhampiran sempadan
Russia didakwa telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu oleh pasukan
pemberontak pro-Russia.
Sehingga kini pasukan penyiasat antarabangsa
masih gagal mencari jalan untuk sampai ke lokasi nahas dan memulakan proses
siasatan antarabangsa.
Sumber: Mynewshub.my