Video: Bila Wanita Islam Mengamuk, Antara Sengaja dan Tidak Sengaja...


KedahNews.com ingin berkongsi sebuah video kemalangan di antara dua buah kereta yang dipandu oleh seorang wanita bertudung telah dilanggar oleh seorang lelaki Cina.

Apa yang hendak KedahNews.com ingin sampaikan tindakan pemandu wanita yang mengamuk sakan apabila keretanya telah dilanggar walaupun ia merupakan kemalangan yang kecil dari sudut pandangan penulis.

Video yang dimuatnaik di beberapa laman media sosial ini telah menjadi viral dikalangan pengguna kerana tertarik dengan amukan gila wanita itu setelah kereta kesayangan dilanggar.

Dalam rakaman Video ini dipetik dari saluran Youtube The Rakyat Post, wanita itu bertindak memukul bahagian hadapan kenderaan lelaki Cina itu dengan pengunci stereng sambil menjerit-jerit kerana marah kerana keretanya dilanggar dari belakang.

“What you did to my car now? you see?? ( Apa kau dah buat pada kereta aku, kau tengok??” jerkah si wanita dengan garang.

Amukan wanita itu menarik perhatian ramai pengguna jalan raya yang dilihat merakam insiden tersebut.

Dalam kekecohan yang berlaku itu, wanita yang menaiki kereta berjenama Peugeot bertindak merampas kunci lelaki Cina dan memaksanya membayar RM2,000 dengan segera dalam nada yang sangat biadap.

Dari pandangan KedahNews.com, walaupun lelaki Cina itu memang bersalah kerana melanggar belakang kereta wanita itu tetapi tidak wajar dia bertindak melampau dengan memukul kereta lelaki berkenaan.

Dalam rakaman itu jelas menunjukkan lelaki Cina yang agak berusia berkali-kali meminta maaf dan memberitahu kepada wanita itu dia tidak sengaja melanggar keretanya.

Tindakan wanita itu sangat-sangat memalukan dari pandangan KedahNews.com kerana dia kelihatan sungguh biadap sedang lelaki Cina  yang lebih berusia daripadanya menggunakan bahasa yang lembut walaupun telah dimakai hamun berkali-kali oleh pemandu Peugeot itu.

Pemandu wanita kemudiannya cuba meminta bantuan orang ramai menghubungi polis bertujuan meminta ganti rugi daripada lelaki itu sebelum beredar berkemungkinan ke Balai Polis.

Adakah wanita ini tidak mengetahui sekiranya berlaku kemalangan seperti itu segala kerosakan boleh diperbaiki dengan menggunakan insurans kereta lelaki berkenaan?

Sekiranya segala perbuatannya yang telah dirakam itu dihantar ke Balai Polis berkemungkinan dia yang akan ditahan kerana bertindak merosakkan kenderaan lelaki itu dengan sengaja.

KedahNews.com beranggapan wanita ini baru mendapat lesen kenderaan kerana dibelakang cermin kereta terpapar pelekat ‘P’.

Bayangkan seandainya wanita itu meroyan meminta ganti rugi kepada golongan yang tidak disangka jutawan, mungkin wang yang diminta akan dihempas ke mukanya bukan? –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor