Sepasang kekasih di Filipina,
Rowden dan Leizl merancang untuk berkahwin pada 8 Julai ini sempena hari lahir
Rowden yang ke-30.
Namun takdir menentukan pada
penghujung Mei, Rowden didiagnosa menghidap kanser hati tahap 4 yang kronik
hingga tubuhnya kian lemah dan hanya mampu berbaring.
Dalam keadaan tak bermaya dia
menyatakan hasrat mahu mengahwini Leizl sebelum nafasnya berakhir.
Justeru, perkahwinan disegerakan.
Dalam masa 12 jam segala persiapan dibuat lalu upacara berlangsung di wad
memandangkan Rowden tidak boleh meninggalkan hospital.
Hanya 10 jam selepas bergelar
suami kepada Leizl, Rowden Go akhirnya pergi buat selama-lamanya pada 11 Jun
2014.
Mendiang meninggalkan Leizl dan
anak mereka, Zakiah Rowzel berusia 2 tahun dan ibu, Lorelei serta adik beradik,
Hasset (yang mengepos video di bawah ke YouTube) dan Hisham.
Kisah di sebalik perkahwinan
Rowden dan Leizl yang amat menyentuh hati membuatkan video perkahwinan mereka
menjadi viral malah setakat hari ini ia telah ditonton lebih 9 juta kali.
Rata-rata yang menyaksikan video
ini mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya rasa sebak dan kami pasti,
anda akan jadi salah seorang daripadanya.
Sumber : MyNewsHub.my